01 Februari 2009

GOTONG-ROYONG

hari ini aku bersama orang-orang kampung bergotong-royong membersihkan mini dewan, tabika kemas dan bilik gerakan daya wawasan yang dipenuhi lumpur akibat banjir yang melanda Kg. Kauran baru-baru ini. Kampungku agak teruk dilanda banjir selama dua hari berturut-turut berikutan hujan lebat. Akibatnya orang kampung menghadapi masalah akibat kesan lumpur dan harta benda yang musnah. Rumahku turut dimasuki air. Ini merupakan kali yang keempat. Kali pertama pada bulan Januari 2007, dan seterus bulan November 2008. 2009 sebanyak 2 kali iaitu pada 23 dan 24 Januari. Biasanya banjir berlaku pada waktu pagi sekitar jam 2.00 pagi hingga 6.00 pagi.
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman bersama beberapa orang menteri dan rombongan yang turut melawat ke kampung ku berjanji untuk membina sebuah jambatan bagi menggantikan jambatan yang sedia ada kerana jambatan tersebut dikatakan sebagai salah satu puncanya.
Apa yang dapat kurumuskan bahawa masalah banjir ini berpunca daripada beberapa faktor, iaitu:
a) Sistem perparitan yang tidak sistemati
-parit tidak dalam dan kecil
-sesetengah parit ada yang disimen dan yang lainnya tidak
-culvert yang dipasang di bawah jalan raya agak kecil yang tidak dapat menampung air yang banyak
-mudah tersumbat oleh sampah sarap dan lumpur
b) Keadaan sungai
-sungai semakin cetek dan tidak dalam
-tidak lurus
-tidak lebar
-tebing sungai ada yang digabian dan yang lainnya tidak
-culvert yang dipasang di Sungai Kauran berbentuk bulat dan mudah tersumbat
-batang paip besar di Sungai Kauran menjadi tempat sampah sarap, ranting dan batang kayu berlonggok menyebabkan laluan air sungai terhalang ketika banjir
-mudah tersumbat oleh sampah sarah, ranting dan batang kayu
c) Kawasan tanah yang rendah
-kebanyakan kawasan tanah di Kg. Kauran agak rendah yang menyebabkan air banjir mudah bertakung ketika hujan lebat turut atau hujan berpanjangan
d)Tiadanya tadahan hujan
-tanah yang longgar akibat penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di bahagian atas.
-penebangan pokok menjadikan tiadanya tadahan hujan apabila tanah menjadi tidak kuat
-apabila hujan lebat dan berpanjangan menyebabkan lumpur dibawa ke bawah(Kg.Kauran) dan ini menjadikan kawasan perkampungan mandi lumpur.

Oleh itu, saya berharap kepada kerajaan negeri, ADUN Liawan, ahli Parlimen, Pejabat Daerah, dan pihak-pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang berlaku.

2 ulasan:

Gee berkata...

sabar ja la jamil..hrp2 janji yg ditabur akan ditepati kan..:-)

TINTA JAMIL berkata...

Terima kasih Gee kerana memberikan semangat. Kaulah sahabatku!