29 Mac 2009

PIBG SFX AKTIF MEMBANTU SEKOLAH

Tahniah, kepada PIBG SFX yang terus memainkan peranan aktif untuk membantu sekolah!
Pada hari ini diadakan mesyuarat PIBG sekolah. Semoga ibu bapa dan guru-guru terus bekerjasama.
Ucapan YDP PIBG SFX Johnny Tan Kulai turut memberi aku semangat dan motivasi kerana memberi penghargaan dan pujian atas dokumentasi yang telah kubuat terhadap sekolah.
Apa yang kulakukan sebenarnya bertujuan untuk membantu sekolah supaya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Memang tidak sia-sia kerjaku kerana ada juga respons daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Semoga SFX terus berdiri kukuh dan mencapai kemajuannya.

02 Mac 2009

Pemilihan Tertinggi UMNO Pada Bulan Mac - Pilih Pemimpin Yang Jujur.

Pada bulan Mac ini diadakan pemilihan tertinggi UMNO. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO agar memilih pemimpin yang jujur. Untuk memilih pemimpin yang jujur, mudah saja, iaitu dengan menyingkirkan mereka yang mengamalkan politik wang. Kita harus bersihkan pemimpin kita. Kalau anda masih lagi memilih mereka bermakna anda terlibat merosakkan negara, bangsa dan agama. Saya ingatkan kepada anda semua, sekiranya anda terlibat dengan sogokan wang atau anda diberikan wang oleh pemimpin yang gila kuasa ini, bererti anda merosakkan diri anda dan keluarga anda. Duit yang anda terima dikategorikan sebagai haram, apatah lagi duit yang anda gunakan untuk membeli makanan. Makanan yang anda suapkan ke mulut anda dan ahli keluarga anda merupakan api neraka. Makanan haram akan menjadi darah daging anda hingga anda mati, demikian juga anak isteri dan ahli keluarga anda turut menerima nasib yang sama. Tidakkah anda kasihan melihat keadaan ini. Sayangilah diri anda, anak isteri dan ahli keluarga anda. Sayangi juga bangsa dan negara. Oleh itu, pilihlah pemimpin yang jujur. Ketepikan konsep bila orang beri wang kepada kita, kita nak balas budi mereka pula. Tapi anda harus ingat bahawa mereka mempunyai niat yang tidak baik, iaitu niat gila kuasa. So, anda semua penentu segalanya untuk membina negara bangsa yang bermaruah. Ingat! Berjuanglah untuk keadilan dan kebenaran.