10 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

Sempena hari ibu ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' semoga ibu panjang umur dan sihat sejahtera.
Tanpa ibu siapalah aku. Pengorbanan ibu tetap kusanjung.
Pada kesempatan ini, aku juga ingin memohon ampun dan maaf daripadamu ibu.
'SELAMAT HARI IBU' untuk semua yang bergelar ibu. Tanpa ibu, kehidupan tidak bermakna. Maka, hormatilah dan berikanlah kasih sayang serta taat setia kepada ibu.

08 Mei 2009

POLITIK PERAK BERGOLAK LAGI

Politik Perak bergolak lagi. Pada saya, keputusan yang lebih baik untuk menyelesaikan kemelut ini mudah saja, iaitu bubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN). Dengan cara ini sajalah rakyat akan berpuas hati. Inilah penyelesaian yang terbaik untuk menentukan parti apakah yang akan memerintah dan siapakah pula yang disukai oleh rakyat. Kalau tidak dibubarkan masalah ini akan terus berpanjangan.
Saya sekadar memberi pendapat yang ikhlas. Kita harap kemelut Perak dapat diatasi segera. Sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan keamanan dan kesejahteraan di bumi yang tercinta ini.