10 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

Sempena hari ibu ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' semoga ibu panjang umur dan sihat sejahtera.
Tanpa ibu siapalah aku. Pengorbanan ibu tetap kusanjung.
Pada kesempatan ini, aku juga ingin memohon ampun dan maaf daripadamu ibu.
'SELAMAT HARI IBU' untuk semua yang bergelar ibu. Tanpa ibu, kehidupan tidak bermakna. Maka, hormatilah dan berikanlah kasih sayang serta taat setia kepada ibu.

08 Mei 2009

POLITIK PERAK BERGOLAK LAGI

Politik Perak bergolak lagi. Pada saya, keputusan yang lebih baik untuk menyelesaikan kemelut ini mudah saja, iaitu bubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN). Dengan cara ini sajalah rakyat akan berpuas hati. Inilah penyelesaian yang terbaik untuk menentukan parti apakah yang akan memerintah dan siapakah pula yang disukai oleh rakyat. Kalau tidak dibubarkan masalah ini akan terus berpanjangan.
Saya sekadar memberi pendapat yang ikhlas. Kita harap kemelut Perak dapat diatasi segera. Sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan keamanan dan kesejahteraan di bumi yang tercinta ini.

04 April 2009

Kelas Kecemerlangan Tingkatan 3 SFX

Hari ini aku terlibat dengan program kelas kecemerlangan tingkatan 3. Aku doakan semoga mereka beroleh kejayaan pada tahun ini. Subjek yang kuajar ialah BM bagi kelas 3 Aquamarine. Keputusan PMR 2008 telah menurun dengan teruknya berbanding tahun sebelumnya. Aku harap keputusan PMR 2009 dapat menebus kembali kecemerlangan yang pernah diperoleh oleh sekolah.
Tahniah kuucapkan kepada semua pelajar SPM 2008 kerana keputusan SPM meningkat. Demikian juga kepada guru-guru SFX yang telah mencurahbakti mendidik anak bangsa mereka sehingga mencapai kejayaan.
Tahniah untuk semua!

29 Mac 2009

PIBG SFX AKTIF MEMBANTU SEKOLAH

Tahniah, kepada PIBG SFX yang terus memainkan peranan aktif untuk membantu sekolah!
Pada hari ini diadakan mesyuarat PIBG sekolah. Semoga ibu bapa dan guru-guru terus bekerjasama.
Ucapan YDP PIBG SFX Johnny Tan Kulai turut memberi aku semangat dan motivasi kerana memberi penghargaan dan pujian atas dokumentasi yang telah kubuat terhadap sekolah.
Apa yang kulakukan sebenarnya bertujuan untuk membantu sekolah supaya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Memang tidak sia-sia kerjaku kerana ada juga respons daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Semoga SFX terus berdiri kukuh dan mencapai kemajuannya.

02 Mac 2009

Pemilihan Tertinggi UMNO Pada Bulan Mac - Pilih Pemimpin Yang Jujur.

Pada bulan Mac ini diadakan pemilihan tertinggi UMNO. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO agar memilih pemimpin yang jujur. Untuk memilih pemimpin yang jujur, mudah saja, iaitu dengan menyingkirkan mereka yang mengamalkan politik wang. Kita harus bersihkan pemimpin kita. Kalau anda masih lagi memilih mereka bermakna anda terlibat merosakkan negara, bangsa dan agama. Saya ingatkan kepada anda semua, sekiranya anda terlibat dengan sogokan wang atau anda diberikan wang oleh pemimpin yang gila kuasa ini, bererti anda merosakkan diri anda dan keluarga anda. Duit yang anda terima dikategorikan sebagai haram, apatah lagi duit yang anda gunakan untuk membeli makanan. Makanan yang anda suapkan ke mulut anda dan ahli keluarga anda merupakan api neraka. Makanan haram akan menjadi darah daging anda hingga anda mati, demikian juga anak isteri dan ahli keluarga anda turut menerima nasib yang sama. Tidakkah anda kasihan melihat keadaan ini. Sayangilah diri anda, anak isteri dan ahli keluarga anda. Sayangi juga bangsa dan negara. Oleh itu, pilihlah pemimpin yang jujur. Ketepikan konsep bila orang beri wang kepada kita, kita nak balas budi mereka pula. Tapi anda harus ingat bahawa mereka mempunyai niat yang tidak baik, iaitu niat gila kuasa. So, anda semua penentu segalanya untuk membina negara bangsa yang bermaruah. Ingat! Berjuanglah untuk keadilan dan kebenaran.

04 Februari 2009

Umno semakin parah

Politik wang seperti yang tersebar luas pada ketika ini dalam UMNO menunjukkan bahawa parti UMNO semakin parah. Semuanya angkara pemimpin yang tidak bertanggugjawab. Gila kuasa, pangkat dan keududukan.
Saya menyeru kepada semua ahli UMNO agar menyingkir mereka ini daripada parti demi bangsa, agama dan negara. Jangan musnahkan maruah parti, bangsa dan negara. Jangan rosakkan agama. Memilih mereka, bererti kita melakukan dosa dan menghancurkan negara serta menjahanamkan segala-galanya.
Pada bulan Mac 2009 ini kita memilih pemimpin tertinggi dalam UMNO. Berhati-hatilah ketika memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin yang benar-benar jujur, bertanggungjawab dan amanah.
Kalau kita memilih mereka yang tidak berintegriti, mengamalkan rasuah dan tidak bersih serta jiwanya yang kotor, maka kesannya UMNO akan menuju ke arah kehancuran.
Sayangilah parti, bangsa, agama dan negara!

03 Februari 2009

email berita ke BH

hari ini kuemail lagi berita ke akhbar Berita Harian mengenai aktiviti gotong-royong. Aku harap semoga ianya tersiar dan mendapat perhatian.
Masalah banjir perlu diatasi segera.