02 Mac 2009

Pemilihan Tertinggi UMNO Pada Bulan Mac - Pilih Pemimpin Yang Jujur.

Pada bulan Mac ini diadakan pemilihan tertinggi UMNO. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO agar memilih pemimpin yang jujur. Untuk memilih pemimpin yang jujur, mudah saja, iaitu dengan menyingkirkan mereka yang mengamalkan politik wang. Kita harus bersihkan pemimpin kita. Kalau anda masih lagi memilih mereka bermakna anda terlibat merosakkan negara, bangsa dan agama. Saya ingatkan kepada anda semua, sekiranya anda terlibat dengan sogokan wang atau anda diberikan wang oleh pemimpin yang gila kuasa ini, bererti anda merosakkan diri anda dan keluarga anda. Duit yang anda terima dikategorikan sebagai haram, apatah lagi duit yang anda gunakan untuk membeli makanan. Makanan yang anda suapkan ke mulut anda dan ahli keluarga anda merupakan api neraka. Makanan haram akan menjadi darah daging anda hingga anda mati, demikian juga anak isteri dan ahli keluarga anda turut menerima nasib yang sama. Tidakkah anda kasihan melihat keadaan ini. Sayangilah diri anda, anak isteri dan ahli keluarga anda. Sayangi juga bangsa dan negara. Oleh itu, pilihlah pemimpin yang jujur. Ketepikan konsep bila orang beri wang kepada kita, kita nak balas budi mereka pula. Tapi anda harus ingat bahawa mereka mempunyai niat yang tidak baik, iaitu niat gila kuasa. So, anda semua penentu segalanya untuk membina negara bangsa yang bermaruah. Ingat! Berjuanglah untuk keadilan dan kebenaran.

3 ulasan:

musla berkata...

Cikgu...saya mungkin tak sempat berguru dengan cikgu...tapi saya dapat rasakan aura SFX dalam penulisan cikgu....
Pasal pemilihan UMNO ni...saya memetik perkataan yang cikgu tintakan..
"Ingat! Berjuanglah untuk keadilan dan kebenaran"...
MASALAH CIKGU...APAKAH CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG JUJUR TANPA POLITI WANG?

Gee berkata...

Jamil...
1) Ikut berpolitik tanpa wang
- org jarang pandang...atau mngkin
tak ambil kisah langsung pun hal
kita...paling teruk org tia tau
pun bila kita start aktif ikut politik
...hehe
2) Ikut berpolitik dan memang berwang
- waaa...first impression org akan
ckp...emmmm..dia org yg berjaya..
bnyak duit..mesti tau slesai
masalah rkyat yg teda duit..huhu
3)Guna wang untuk utk berpolitik
- ni sudah kes desperate gila mo berpolitik...hala tuju asal pun mgkin tia sehebat agenda lain yg tersisip saaaaaaaaaannna dalam..
4)Guna politik utk cari wang
- tampal poster n gantung banner bleh kin duit rupa2nya...ada jga kin mnum kupi n mkn cempiang sna kantin..hihihi
5)Cari org politik utk cari wang
- besa la..stakat rm1000-3000 no hal punya...kira smbangan ikhlas ja tu..
6)Gandakan wang rakyat utk politik yg stabil
- entah la...sa pun tia tau...TAPI
heran bin ajaib bila :
1. jln yg ada tar sedia balik2 kna tampal smpai tebal tu jln...tapi jalan2 d kg msi tanah merah pun..ada juga yg kna tar tapi sparuh jln ja...?? bertahun2 tia pndai abis smpai hjung jln pun...?
2.ada musim tu balairaya or dewan rmai org dtg smpai berhari2..tapi ada musim tu tempat mcm lama tia kena guna...rumput smpai nek jndela..?
3.klu bnjir, msti tnjuk gmbar ikut bdiri dlm air bnjir meh? sama kah tu rasa dia tinggal dlm rumh yg masuk bnjir...or tinggal d pusat2 bantuan banjir...mcm dewan or skul?
4.ntah...bnyak la lagi...sa mls mo pikir..

Zzzzzzzzzzz....

musla berkata...

Pendek kata - indah khabar dari rupa....